"sahaja aku menulis di blog ini adalah untuk berkongsi pandangan dan suka-suka sahaja"
Aku tak menyangka akan ada orang yang jenguk blog ini lepas ni. tapi oleh kerana aku gatal tangan nak menulis jugak, aku hentam saja lah.
Untuk makluman anda semua (kalau ada orang selain aku baca blog ni), aku baru sahaja beli kamera DSLR nikon D80 sebagai hobi baru. oleh sebab hobi ini memerlukan kos yang mahal, jadi aku beli yang second hand je la. sekurang-kurangnya bila ada orang tanya hobi aku,aku dengan eksyennya menjawab hobi aku mengambil gambar dan menulis blog. (hahaa). bunyinya agak matang dan bertamadun.
kepada sesiapa yang secara tidak sengaja membuka blog ini yang mempunyai minat yang sama, boleh la kita berkongsi tips untuk lebih maju dalam penghasilan gambar2 yang bermutu. sesuai dengan misi wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun M. tapi aku tak berapa yakin malaysia boleh maju pada tahun 2020. banyak isu-isu yang tidak dapat diselesaikan oleh government contohnya isu NFC yang hangat diperkatakan sekarang. rakyat malaysia sudah ramai yang bijak pandai, tapi pemimpin masih menganggap rakyat jahil seperti tahun-tahun dekad dahulu. what a shame.
semoga blog ini dapat berkembang dengan lebih pesat lagi dan semoga aku dikurniakan idea-idea yang bernas untuk dikongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment